Review DBM Hospital Di Ekonomipas.net
Posted By admin On 05/07/2008

OLEH: Tuba

Penjenamaan semula DBM Hospital daripada Dewan Bersalin Bermulimah pada awal tahun 2000 memberi lebih keyakinan untuk melonjakan nama sebagai sebuah hospital bersalin berkonsepkan Islam.

Pilihan warna 'pink' sengaja diambil untuk memberi satu impirasi baru kepada pelanggan wanita di samping boleh memaparkan kecerian kepada pesakit yang mendapatkan layanan di sini.

DBM Hospital yang terletak di No 16, 18 dan 20 Jalan Cermai Satu, Taman Cermai, Mukim 2,  Permatang Pauh memulakan operasinya pada tahun 1996 di Taman Arowana dengan bermodalkan RM500 ribu dan kini telah berjaya membuka dua cawangan baru iaitu pengambil alihan sebuah klinik di Glugor, Pulau Pinang dan terbaru di Batu Caves, Kuala Lumpur yang masih dalam proses pengubahsuaian.

Menurut Pengarah Urusan DBM Hospital, Zolkifly Mohd Lazim, setelah 12 tahun menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat termasuk menambah kepakaran ia juga berhajat meningkatkan perkembangan sebagai sebuah institusi yang maju sebanding dengan hospital swasta yang lain.

Slogan 'dari wanita untuk wanita' yang menjadi nadi DBM Hospital memang menepati perkhidmatan yang diberikan ekoran kesemua pekerjanya wanita bermula di bahagian kaunter sehinggalah doktor atau pakar-pakar yang dipilih khas bersama membantu kes di sini.

"Selepas penjenamaan semula dengan hiasan warna yang lebih menarik dan singkatan daripada Dewan Bersalin Muslimah kepada DBM Hospital menunjukan kenaikan graf yang membanggakan.  Saya juga berterima kasih pada semua pelanggan yang telah memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi pada DBM Hospital, " jelasnya.

Beliau percaya akan berlaku lonjakan sekiranya DBM Hospital terus mengekalkan prestasi serta menambah baik perkhidmatan yang sedia ada.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif DBM Hospital, Dr. Rosnah Abu Hasan berkata, DBM Hospital menawarkan dua perkhidmatan iaitu pesakit luar yang diletakan di bawah nama Klinik Penawar manakala bahagian perbidanan atau bidang lain yang menjurus kepada pembedahan ia terus di bawah kawalan DBM Hospital.
Katanya, DBM Hospital mempunyai empat orang doktor bertugas.  Dua ia Klinik Penawar yang beroperasi jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari kecuali hari Sabtu. Bahagian perbidanan pula tambah Dr. Rosnah,  operasinya 24 jam setiap hari yang mana beliau sendiri bertugas bersama Dr. Hanita.

"Alhamdullilah sejak ditubuhkan tahun 1996 kedatangan pelanggan amat menggalakan. Setiap bulan boleh dikatakan 50 orang ibu mengandung melahirkan anak di sini, " jelasnya yang berpengalaman tujuh tahun sebagai doktor di hospital kerajaan.

Berhubung kos perkhidmatan tambah Dr. Rosnah, jika seseorang itu bersalin biasa mereka dikenakan kos sebanyak RM1,000 dan jika menjalani pembedahan kosnya ialah RM3,800 seorang.

Mengenai persediaan masa depan beliau berkata, untuk melangkah lebih berani lagi DBM Hospital menawarkan beberapa orang doktor pakar seperti pakar perbidanan, bius dan pakar kanak-kanak. Pesakit yang datang ke sini ujarnya, tidak perlu bimbang kerana mereka akan dilayan dan perhatikan oleh doktor-doktor pakar tersebut. Mereka juga akan diajarkan bacaan doa ketika sakit hendak bersalin dan setelah selesai melahirkan anak, ibu-ibu akan diperiksa
dengan teliti dan anak mereka akan diazan oleh doktor yang bertugas.  Bila semuanya selesai bapa pula dijemput mengazankan sendiri anak mereka.

Bukan itu sahaja, bayi yang sihat dan dibenarkan pulang ke rumah akan diperiksa oleh doktor pakar kanak-kanak terlebih dahulu untuk memastikan kesihatan bayi berada ditahap maksima.

"Ibu-ibu yang berhajat bersalin di DBM Hospital bolehlah datang ke sini bila-bila masa untuk mendapatkan perkhidmatan di samping memperolehi khidmat nasihat sebagai persediaan persalinan, " terangnya yang mendapat ijazah kedoktoran dari Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 1992.

Sesiapa yang berhajat mendapatkan perkhidmatan di sini boleh menghubungi terus ke talian 04-3981469 atau 04-3982513 untuk mendapatkan keterangan lanjut terutamanya kos pembiayaan persalinan.

Laman Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Panel | Kualiti | Hubungi Kami | Maklunbalas | FAQ | Webmail
© DBMHOSPITAL 2007 . All Rights Reserved . Design By boxx