Beberapa Tarikh Penting Dalam Sejarah Islam
Posted By admin On 25/10/2007
Berikut adalah senarai tahun kewafatan Rasulullah SAW dan sebahagian para sahabat yang terkenal. Begitu juga diselitkan tarikh beberapa peristiwa penting sepanjang zaman Rasulullah SAW sehingga penghujung pemerintahan khalifah-khalifah rasyidin. Ia adalah sebahagian daripada tulisan yang dikumpulkan oleh ahli-ahli Multaqa Ahl Hadeeth yang saya pilih daripada edisi lengkap. Edisi lengkap sejarah Islam tersebut yang memuatkan tarikh kewafatan dan peristiwa-peristiwa penting sehingga tahun 1424 H(dalam Bahasa Arab) akan disediakan dalam ruangan muat turun al-ahkam.net tidak lama lagi, insya Allah.

semoga tarikh-tarikh berikut akan kita simpan untuk diingati selalu.

1-     Khadijah Binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW - 3 tahun sebelum Hijrah.

2-     Perang Badr - 2 H

3-     Ruqayyah, anak Rasulullah SAW - 2 H

4-     Perang Uhud - 3 H

5-     Hamzah Ibn Abd. Muttolib, bapa saudara Rasulullah SAW - 3 H

6-     Perang Dzat al-Riqa’ - 4 H

7-     Perang Khandaq - 5 H

8-     Perang Bani Quraizoh - 5 H

9-     Perdamaian Hudaibiyyah - 6 H

10- Perang Khaibar - 7 H

11- Pembukaan Makkah - 8 H

12- Perang Hunain - 8 H

13- Perang Mu’tah - 8 H

14- Zainab, anak Rasulullah SAW - 8 H

15- Perang Tabuk - 9 H

16- Raja al-Najashi, pemerintah Habsyah - 9 H

17- Ummu Kalthum, anak Rasulullah SAW - 9 H

18- Ibrahim, anak Rasulullah SAW - 10 H

19- Haji Perpisahan (haji terakhir Rasulullah SAW) - 11 H

20- Kewafatan penghulu segala Nabi dan Rasul, Muhammad Ibn Abdullah, Rasulullah SAW - 11 H

21- Fatimah, anak Rasulullah SAW - 11 H

Peperangan al-Riddah (memerangi orang-orang murtad) - 11 H

23-  Peperangan Dzat al-Salaasil - 12 H

24- Abu Bakr al-Siddiq, khalifah pertama - 13 H

25-  Peperangan al-Qadisiyyah - 14 H

26-  Peperangan Yarmuk - 15 H

27-  Permulaan penyusunan semula kalendar Hijrah di zaman Umar - 16 H

28-  Pembukaan Baitul Maqdis - 16 H

29-  Pembukaan Mesir - 20 H

30- Zainab, isteri Rasulullah SAW - 20 H

31- Saudah, isteri Rasulullah SAW - 23 H

32-  Pembukaan Libya - 23 H

33- Umar Ibn al-Khattab, khalifah kedua - 23 H

34-  Pembukaan Khurasan - 29 H

35-  Penulisan dan pengumpulan semula Al-Quran di zaman Uthman Ibn Affan - 32 H

36- Al-Abbas Ibn Abd. Muttolib, bapa saudara Rasulullah SAW - 32 H

37- Abdullah Ibn Mas’ud - 32 H

38- Uthman Ibn Affan, khalifah ketiga - 35 H

39-  Peperangan al-Jamal - 36 H

40-  Peperangan Siffin - 37 H

41- Ammar Ibn Yasir - 37 H

42- Ali Ibn Abi Tolib, khalifah keempat - 40 H

43- Hafsah, isteri Rasulullah SAW - 41 H

44- Ummu Habibah, isteri Rasulullah SAW - 44 H

45- Ramlah Binti Abu Sufian, isteri Rasulullah SAW - 49H

46- Al-Hasan Ibn Ali, cucu Rasulullah SAW - 49 H

47-  Pembukaan Tunisia - 50 H

48- Safiyyah, isteri Rasulullah SAW - 50 H

49- Maimunah, isteri Rasulullah SAW - 50 H

50- Abu Hurairah - 57 H

51- Aisyah, isteri Rasulullah SAW - 58 H

52- Mu’awiyah Ibn Abu Sufian, khalifah pertama Kerajaan Bani Umaiyyah - 60 H

53- Al-Husain, cucu Rasulullah SAW - 61 H

54- Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW - 62 H

55- Ibnu Abbas - 68 H

56- Ibnu Umar - 73 H

57- Anas Ibn Malik - 91 H

Laman Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Panel | Kualiti | Hubungi Kami | Maklunbalas | FAQ | Webmail
© DBMHOSPITAL 2007 . All Rights Reserved . Design By boxx