Latar Belakang
Klinik Penawar dan Dewan Bersalin Muslimah (DBM) di Taman Cermai, Permatang Pauh, Seberang Perai adalah salah sebuah pusat perubatan Islam tunggal daripada keseluruhan 24 hospital swasta di Pulau Pinang .Penubuhan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan pesakit luar dan bersalin menurut kaedah perawatan Islam. Klinik ini memiliki 2 orang doktor wanita termasuk Dr Rosnah sendiri dan juga 3 orang doktor sambilan yang mempunyai kepakaran dalam sakit puan dan bius serta jururawat wanita Islam. Sebagai sebuah pusat rawatan yang mengamalkan kesihatan yang diambil daripada dunia perubatan Islam. DBM sentiasa menggalakkan pesakit mematuhi syariat Islam dengan menyuruh pesakit banyak berdoa, berzikir dan berselawat ketika hampir bersalin.

Selain itu DBM juga membantu ibu supaya sembahyang hingga saat kelahiran bayi. Bayi akan di azankan, dibelah mulut (tahnik) mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, bercukur dan bagi bayi perempuan akan di sunatkan selepas mendapat keizinan waris masing-masing. DBM juga sentiasa menggalakkan ibu khususnya supaya mengamalkan pemakanan altenatif atau perubatan homeopati untuk memudahkan bersalin dan bagi melahirkan bayi yang sihat serta cerdas dari segi mental dan fizikal. Di DBM, bakal ibu bebas memilih dan menempah bilik kerana DBM memiliki 5 wad eksklusif satu katil dan penghawa dingin di samping peralatan perubatan bagi tujuan bersalin dan pembedahan.

Selain penawaran harga rawatan bersalin yang kompetitif, murah dab berpatutan. Bagi ibu yang ingin bersalin tidak perlu membawa makanan serta pakaian sebaliknya DBM akan menyediakan semua keperluan untuk si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Jika terdapat masalah bayi menghidap penyakit kuning, rawatan khas fototerapi akan diberi di bilik nurseri bayi. Sehingga kini, DBM telah merawat hamper 3,500 pesakit yang bersalin dan 2,500 pesakit luar sejak penubuhannya pada 1996 dab kebanyakkan pelanggannya adalah dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis serta Perak Utara.

Pada awal tahun 2000, pihak DBM telah berjaya mengembangkan operasinya ke sebelah Pulau Pinang dengan mengambil alih sebuah pusat perubatan swasta iaitu Rumah Bersalin dan Poliklinik Aman di Gelugor yang memiliki 3 wad eksklusif berhawa dingin dan sebuah wad besar dengan 10 buah katil. Bagi menunjukkan komitmen tinggi DBM serta untuk menyediakan rawatan yang terbaik kepada pesakit, para kakitangan DBM telah di beri latihan perubatan dan pembangunan kerjaya berkonsepkan pekerja berilmu pengetahuan dengan bantuan sebuah syarikat teknologi maklumat yang membekalkan system klinik maya bagi kemudahan kemasukan data pesakit ke dalam komputer. Ini sebagai langkah awal dalam menjadikan DBM sebagai rangkaian hospital Islam untuk seluruh masyarakat.

Laman Utama | Mengenai Kami | Perkhidmatan | Panel | Kualiti | Hubungi Kami | Maklunbalas | FAQ | Webmail
© DBMHOSPITAL 2007 . All Rights Reserved . Design By boxx